Wednesday, March 12, 2008

Kadang-Kadang..

Kadang-kadang...
Kita rasa dunia tidak berlaku adil dengan kita..tapi sebenarnya ia tidak bersalah..
Kadang-kadang..
Kita hilang keyakinan untuk terus berdiri di tengah-tengah taufan kehidupan yang terkenal dengan keberangannya..tapi sebenarnya tempat berpaut itu ada di belakang kita..
Kadang-kadang..
Kita lupa bahawa kita ini hanyalah makhluk ciptaan yang maha esa yang tidak memiliki kekekalan hakiki apatah lagi kemutlakan..
Kadang-kadang..
Kita rasa tertekan menjalani hukuman duniawi hasil daripada keangkuhan dan perbuatan diri sendiri..dan kita mula bertanya..
Dimana Dia semasa itu?..
Dimana Dia semasa nyawaku di bawa pergi?..
Dimana Dia semasa aku menangis memeluk diriku?..
Dimana Dia semasa kakiku tidak mampu untuk berdiri?..
Dimana Dia semasa aku merasa terseksa dihimpit perasaan rindu?..
Apa yang kita fikirkan pada masa itu?..'tidak ada gunanya aku melutut untuk menyembah padamu!!'..'mengapa kau seksa hidupku?!'..'mengapa nasibku kau letakkan sebegini?'..
Semasa ini terjadi pada diriku..ada suara kecil yang berbisik padaku..
Adakah aku yang bersalah membawa nyawamu pergi dari dirimu?..
Tidakkah kau sedar akan kehadiranku turut memeluk dirimu ketika kau sedang menangis sendirian memeluk dirimu?..
Sedarkah kau bahawa aku lah yang mengangkat kau semasa kakimu tidak mampu berdiri?..
Tidakkah kau terfikir bahawa aku turut menangisi kelibat kau menanggung kerinduan yang teramat itu?..
Mendengar suara kecil yang membisikkan ayat-ayat itu padaku..
Aku bangkit..aku bangun semula dengan niat untuk membuktikan bahawa aku boleh mengubah diriku..
Mengubah diriku menjadi lebih matang..
Mengubah diriku menjadi lebih dewasa..
Mengubah diriku menjadi lebih tabah..
Mengubah diriku menjadi lebih baik!..
Untuk siapa?..kepada siapa ingin ku buktikan semua itu?..
DENGAN BANGGA DAN PENUH KEYAKINAN..IA UNTUK AKU!..

No comments: